Monday, 19 March 2012

Cinta dalam diam.

Cinta dalam diam
Jika tak berkesempatan untuk berbicara
Biarkanlah ia tetap diam
Kerana percayalah Allah punya rencana

Jika benar dia bukan milikmu
Nescaya Allah akan menghapuskan rasa itu
Memberi rasa yang lebih indah
Kepada insan yang lebih tepat

Jadi biarlah cinta diam itu menjadi memori
Memori yang terindah disudut hati
Menjadi sebuah rahsia hakiki
Antara kau dan sang pemilik hatimu


P/S: Teringat kata-kata Dato' Fadhilah Kamsah, 'jodoh kita adalah orang yang dekat dgn kita'. Jadi sabarlah menunggu...Teehee..=D

Wednesday, 1 February 2012

Selamat pagi Februari!

Selamat pagi Februari!
Bermakna tamatlah Januari
Masa begitu cepat kita lalui
Kadang-kadang berlalu tanpa kita sedari.

Februari ini mengingatkan aku kembali
Peristiwa yang pedih pada Februari
Apabila aku ditinggalkan si kekasih hati
Pergi bukan berniat untuk menyakiti
Tetapi pergi kerana kembali ke Illahi

Perginya tanpa aku tangisi
Tanpa juga aku menyesali
Kerana ku tahu kau tidak bersendiri
Kau bersama orang-orang yang kau sayangi

Aku akan melupaimu kerana kesibukan diri
Namun pabila Februari tiba aku mula mengingati
Aku fikir aku boleh melupai setiap waktu dilalui
Tetapi pedihnya pabila kau tetap di hati dan memori



P/S: Post ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang sudah tiada...Teehee.

Ma ma ma ma....


Bila tengok video ni aku teringat dekat mak, Setiap pagi mak bangun masak untuk kami sekeluarga. Setiap pagi jugalah aku terbangun bila dengar bising-bising di dapur. Semenjak masuk kolej ni hari-hari aku rindu masakan mak. Air tangan mak tak akan sama dengan air tangan sendiri. Walaupun kita guna resepi yang sama yang  mak ajarkan. Air tangan mak memang lain walaupun masak masakan yang ringkas. Masakan seringkas ayam goreng kunyit pun dah sedap rasanya. Kalau masak asam pedas apatah lagi. Asam pedas mak memang 'power', bila makan tak toleh orang sebelah gamaknya. Akhir kata, mak along sayang mak!=)

P/S: Hargailah ibu bapa selagi mereka masih hidup dan jangan jadi anak derhaka. Teehee...=)




Thursday, 19 January 2012

Semester 2

Semester dua
Kawan-kawan dah setahun rupanya kita bersama
Gelak, ketawa dan bergembira 
Berselisih pendapat, bermasam muka pun ada
Biasalah lumrah hidup berkawan

Semester dua
Macam-macam yang kita lakukan
Berlakon, menyanyi dan menari
Segalanya dilakukan bersama-sama
Terserlah semua bakat terpendam 

Semester dua
Kini sudah berakhir
Tinggallah hanya kenangan
Kenangan yang mendewasakan kita
Harap kita akan berjumpa lagi
Di lembaran semester tiga

InsyaAllah....=)

My large family, love LG221 2B.   


Models of the year 2011, maybe. ;)

Let's dance!

Chilling Waterfall, 2011. =)


P/S: Boyfriend comes and go but friends are forever... Teehee..=)

Suka atau minat.

Suka
Satu perkataan tapi banyak maknanya
Suka itu gembira, girang, riang
Suka itu boleh jadi mahu, ingin, berkenan
Malah boleh jadi sayang, cinta dan berminat
Lawannya satu hanya benci

Minat
Mungkin berbeza-beza tafsirannya
Minat itu sesuatu yang menjadi kegemaran
Minat itu boleh jadi sesuatu yang menjadi kesukaan kita
Boleh juga menjadi sesuatu keghairahan
Malah sesuatu keinginan

Suka atau minat
Mana satu menjadi pilihan
Pilihan untuk menterjemahkan perasaan
Perasaan yang ada di dalam hati
Apabila melihat "si dia"

Someone out there

P/S: Selamat pagi, semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Teehee..=)

Friday, 6 January 2012

Pilihan.

Kadang-kadang hidup ini sukar
Kita terpaksa membuat pilihan
Kita terpaksa memilih
Memilih untuk menuju jalan yang sukar ataupun senang

Kadang-kadang kita sendiri tak pasti jalan mana yang sukar ataupun senang
Jalan yang sukar bagi kita, mungkin senang bagi orang lain
Jalan yang senang bagi kita, mungkin sukar pula untuk mereka
Setiap mereka dengan pendapat yang lain-lain

Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk bertanya "Betulkah pilihan aku ini?"
Tapi apakan daya jika kita berseorangan di dunia ini
Sendiri untuk menentukan jalan hidup
Tapi aku yakin Tuhan yang satu.

Sejuk mata bila lihat gambar ini, biru dah hijau baik untuk mata.=)
 P/S: Ya Allah, semoga paper final yang akan datang ni aku tak salah memilih soalan lagi, amin...teehee..=)

Sunday, 1 January 2012

Welcome!

Selamat Tahun Baru! 
Selamat datang juga ke laman blogspot.com!

 Hari ini tanggal 1.1.2012, aku memulakan langkah pertama untuk menulis di laman blog. Dah lama juga terfikir nak menulis tapi tak ada masa dan idea. Mungkin tahun baru ni waktu yang sesuai sebagai langkah pertama. Tahun baru ni macam-macam azam keluar, kalau boleh semua nak buat...huhuh.. Baiklah, azam tahun 2012 (sebagai ingatan untuk diri sendiri tidak ada mengena dengan yang sudah meninggal dunia ataupun yang masih hidup) :

1) Jadi hamba Allah yang lebih baik daripada tahun lepas, solat jangan tinggal itu tiang agama.
2) Jadi anak yang solehah kepada mak dan ayah.
3) Tahun ini nak belajar masak western food. Memasak, itulah hobi saya. Berkata dalam hati "Kalaulah dalam asrama ni boleh masak, kan bagus tapi ada ke masa."
4) Jadi lebih sopan dan  lemah lembut bila cakap ala-ala perempuan Melayu terakhir. Ni tak suka gelak kuat-kuat.
5) Setiap tahun azam ni mesti ada. Nak cari seorang lelaki yang bergelar suami bukannya boyfriend, sejak beberapa tahun single rasa dah makin tak reti nak bercintan cintun ni. "Bercinta lepas kahwin", macam seronok bunyinya..Teehee..=)
6) Semoga tahun ni dapat aku dapat maintain result exam. Bila dah graduate nanti aku nak mak dan ayah duduk di barisan hadapan tengok aku ambil segulung ijazah...sobsobsob..=')

Baiklah, mungkin setakat ini sahaja yang aku nak kongsi. Aku nak study dah ni, banyak dah aku buang masa. Rabu ni dah mula final dah, killer subject pula tu. Assalammualaikum.....=)

Love this quote....=D


P/S: Kali pertama menulis, mungkin bosan sikit tapi tak apa hari lain ada lagi. See ya!=)